-->

::Andainya....::

advertise here

Terkadang,aku ingin lari dari keriuhan dan kesibukan manusia...Bukannya kerana aku sempurna.Aku memang tak sempurna dan banyak kekurangan,tetapi ada waktunya aku penat dengan kerenah segelintir manusia.Mungkin ada yang mengatakan aku gila kerana ingin berjauhan daripada manusia.Andai aku dikatakan gila,itu lebih baik daripada aku lalai dan leka akibat terikut-ikut jejak dunia moden yang entah apa-apa...
Terkadang,aku ingin lari sejauh-jauhnya daripada dunia yang bising,yang sibuk tanpa arah tujuan akhirnya.


Sering aku impikan,agar satu hari nanti aku memiliki sebuah rumah sederhana,yang dipenuhi dengan suasana yang menghijau dan dihiasi sekeliling rumahku dengan bunga-bungaan yang berwarna warni dan ketika itu sang lebah dan sang kupu-kupu menari-nari kegembiraan di sekelilingnya,sambil melihat langit petang yang menenangkan...dan dapat melihat pula kerlipan bintang di langit sana,agar ia menemani malam-malamku dengan keindahannya..

Aku penat dengan dunia...teramat penat.Andainya dapat aku rehat daripada segala kepenatan dunia ini....


Click to comment