Aku mendengar bicara orang tentang cinta,dan aku mendengar kisah-kisah orang yang kecewa kerana cinta....lalu aku nukilkan sebuah nota tentang cinta...
Cinta itu indah...
Cinta tetap indah walau tak berbalas.
Cinta membuat hati kita riang,bila mendengar namanya.
Buat hidup kita indah,biarpun hanya melihatnya dari jauh.
Cinta tetap comel,walau dia yang dicintai tidak pernah tahu bahawa kita mencintainya.
Buat kita menghargai kekurangannya dan membuat kita sentiasa melihatnya cantik dan sempurna di mata kita.
Membuat kita selalu ingin melihat dia bahagia.
Walau tidak pernah bercakap dengannya,hati tetap merinduinya setiap hari,kita tetap sanggup berkorban untuknya walaupun tanpa diam dan tanpa pengetahuannya.
Itulah cinta.ia istimewa...sama ada berbalas atau tidak...ia tetap istimewa.
Kerana ia memberi kesan terhadap setiap hati yang mempunyai rasa cinta,walau tidak pernah mendengar ucapan daripadanya..ia tetap istimewa.
Kerana setiap kali mendengar namanya,setiap kali mendengar kisah tentangnya...kita pasti akan mengambil tahu walaupun secara diam-diam...dengan penuh cinta,dan hati kita akan berdegup kencang...setiap kali mendengar namanya.
Kita akan suka pada warna kegemarannya,
pada makanan kesukaannya,
pada hobi yang diminatinya,
Bila melihat kesemua kesukaannya,
kita akan tersenyum dan memilihnya...
kerana itu kesukaan orang yang kita cintai...
meskipun hanya dalam diam....
Itulah cinta..ia selalu ingin memberi,tanpa meminta...meskipun tidak dibalas,tetap merinduinya setiap saat dan ketika.
Noktah.Sekian.
