Berkata Sayyidina wa Habibina,
Dunia ini umpama kasut.Kita tidak selalu memakainya sepanjang masa,dan sewaktu kita lahir di dunia pun tanpa kasut,ketika ditanam ke dalam kubur nanti juga tanpa memakai kasut.Kita cuma menggunakan kasut untuk melindungi kaki kita.Begitulah dunia,ia cuma wasilah untuk mencapai matlamat.Jangan jadikannya matlamat.Matlamat kita ialah untuk sampai kepada hadhratNya(iaitu menjadi hambaNya yang jujur kepadaNya).
Sesiapa yang selalu memikirkan tentang kasut apa yang ingin dipakainya,maka nilai diri dan hidupnya umpama kasut itulah.
Sebagaimana mafhum kalam Imam al-Ghazali,rahimahullah,
"Jika setiap kali kamu bangun dari tidur dan memikirkan tentang apa yang kamu nak makan,maka kamu ibarat apa yang keluar daripada perutmu (iaitu ibarat najis hasil daripada makanan yang kamu makan)."
HarizAzman_Photography
