-->

::Ruang Yang Berhabuk Sepi::

advertise here
Salam Jumaat,salam cinta....

Lama ruangan ini sepi,kerana kesibukan masa,menyebabkan ia terus sunyi tanpa cerita.


Melihat kepada usia yang semakin meningkat;tahun ini sudah 24 tahun,tahun depan masuk 25 tahun.Jauh di sudut hati terdetik,sudah menginjak dewasa.Saya mempunyai satu hajat,meskipun masih dalam pengajian diploma kejuruteraan mekanikal pada setiap hujung minggu(jumaat dan sabtu),di samping bekerja pada hari-hari biasa,saya berhajat pula untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM)secara persendirian.

Pintunya mula terbuka tatkala alfaqir bertalaqqi kitab Matan Umm al Barahin sepanjang Ramadhan yang lalu.Ketika itu,guru al faqir Tuan Guru Hj Suhaimi Daud berkata kepada kami ahli pengajian,jika bersungguh-sungguh belajar bahasa Arab dengan beliau,insya Allah beliau boleh bimbing sesiapa saja untuk mengambil sijil STAM.

Sungguh,al faqir mula mencintai jalan ini,terasa sangat cinta...dengan cinta yang mendalam.Jika ada peluang,al faqir ingin menjejakkan kaki ke bumi al Azhar sana.Sekarang perlahan demi perlahan,dengan merangkak-rangkak,al faqir cuba menghafal matan al Ajrumiyyah.Terasa susah sangat,kerana usia yang menginjak dewasa,mungkin tak segar seperti zaman kanak-kanak dulu.
Tapi al faqir cuba.....kerana al faqir mencintai jalan ini.Al faqir menuntut ilmu dengan ramai lulusan Azhari,hatta di bawah pentarbiyahan tasawwuf juga al faqir berada di bawah bimbingan ulama' lulusan al Azhari.

Bukan al faqir merendah-rendahkan lulusan lain,tidak sekali-kali.Al faqir mencintai semua jalan ilmu yang membawa kita jujur pada Allah.Cuma kerana perjalanan hidup al faqir mula diperkenalkan dengan manhaj ini,maka al faqir mengambil manhajnya dengan hati yang mencintai semua manhaj-manhaj yang lain seperti yang dipesan oleh al Mufakkir al Habib Abu Bakar al Adeni,hafizohullah.

Dan kepadaNya al faqir berserah,kerana al faqir pun insan biasa jua,tak tahu jalan hidup al faqir yang mendatang.Semoga Allah permudahkan hidup al faqir.
Doakan saya teman....


Click to comment