AlhamduliLlah,Sabtu malam Ahad yang lepas kami diizinkan hadir ke majlis Maulid ar-Rasul ﷺ bertempat di Masjid Pak Sabah,Dungun,Terengganu.Majlis tersebut dihadiri oleh al-Mukarram Syeikh Dr.Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi,hafizohuLlah.Beliau ialah pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSza) dan juga salah seorang anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah di bawah Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.
Kami sempat mencatat beberapa isi dalam majlis tersebut,dan kami berhajat untuk berkongsi bagi manfaat kita semua.
Umat Islam di Nusantara dahulu,setiap kali tibanya mawlid mereka akan membaca Barzanji yang menghimpunkan riwayat sirah baginda ﷺ bermula saat sebelum kelahiran sehingga tiba kewafatan baginda ﷺ dengan gaya tulisan sastera yang disusun indah.Ia dibaca secara berlagu kerana ia ditulis dengan gaya nazam sya'ir Arab,(menunjukkan betapa sambutan mawlid itu diterima oleh para ulama' dan umat Islam sejak dahulu lagi bukannya baru sekarang diadakan).
Sayyidina Nabi,ﷺ tidak menganjurkan secara nyata untuk menyambut mawlid,tetapi tiada larangan untuk menyambutnya sehingga para ulama' memberi dalil-dalil tertentu yang mengharuskan untuk menyambut kelahiran baginda.Di antaranya mengenai hadith berpuasa hari Isnin,

Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah ﷺ ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda ﷺ bersabda:
"Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku".
[H.R.Muslim]
Maka mengatakan sambutan mawlid ini bid'ah adalah satu perkara yang keterlaluan.Sedangkan tujuan mawlid diadakan ialah untuk memperkuatkan ingatan dan kecintaan serta kefahaman terhadap Sayyidina Nabi ﷺ.Manusia ini sifatnya pelupa,maka mudah-mudahan sambutan mawlid ini dapat menyedarkan orang yang lalai yang selama ini dilupakan(oleh kesibukan dunia).
Maka apabil tibanya mawlid,dengan cara menyambutnya dapat menguatkan lagi dan mendidik ummah supaya bersungguh-sungguh dalam mengingati baginda ﷺ.
Apatah lagi kewajiban kita ini dengan beriman dengan kenabian baginda ﷺ,kemudian agama(Islam)mendidik kita untuk mengenal baginda ﷺ dengan lebih dekat (ma'rifat ar-Rasul);dengan ini akan menambahkan keyakinan dan pengenalan kita terhadap baginda ﷺ.
Dibimbangi jika kita memudah-mudahkan hal ini,akan mengurangi keyakinan kita kepada apa yang wajib kita imani.Kerana apa yang wajib kita imani itu bermula dengan keyakinan atau keimanan kita terhadap baginda ﷺ yang menyampaikan kepada kita segala perkara yang wajib kita imani.
Sedangkan tidak diterima keimanan seseorang itu jika dia menolak kenabian baginda ﷺ.Mencintai baginda menguatkan keimanan kita,oleh sebab itu tidak sempurna keimanan seseorang itu sehingga kita mencintai Allah dan mencintai baginda ﷺ melebihi dari yang lain.