-->

::Pelajaran Hidup::

advertise here
Hidup ini adalah sebuah pelajaran,sama ada suka atau duka,sama ada ia menggembirakan kita atau melukakan kita....inilah kehidupan.Dunia tak menjanjikan kerehatan untuk kita.Tak ada kerehatan bagi seorang musafir,yang ada hanya pengembaraan yang melelahkan....sehingga kita tiba di destinasi yang dituju.Destinasi terakhir kita bukan di sini,tapi di akhirat sana.


Kredit gambar:Warnaiman Photography

Ada beberapa perkara yang saya pelajari daripada hidup ini

1. Tentang persahabatan.Saya mengenal erti persahabatan apabila saya dalam kesusahan dan kegagalan.Ketika saya tersepit dalam masalah kehidupan,di sana saya mengenal siapa itu sahabat.Begitu juga apabila ada insan-insan yang selalu mengambil kesempatan ke atas kelemahan kita mahupun kejujuran kita,maka di sini kita kenal siapa yang patut dijadikan sahabat dan siapa yang patut kita jauhi.
Oleh itu,saya meminimakan pergaulan dalam hidup saya dan berhati-hati dalam mencari sahabat.

2. Tentang hawa nafsu.Saya merasakan dalam hidup ini,melawan kehendak hawa nafsu adalah sesuatu yang amat sukar.Bukan sesuatu yang mudah untuk menundukkan hawa nafsu,terutamanya dalam keadaan sekarang di mana suasana persekitaran tidak dapat membantu kita untuk mewujudkan suasana yang baik.
Oleh itu,mari sama-sama kita berusaha untuk dekat dengan orang-orang soleh,melazimi majlis-majlis mereka dan berusaha untuk berkhidmat kepada mereka agar mereka sudi membimbing kita untuk menjadi baik.

Berkata-kata itu mudah,tetapi untuk dibuktikan dengan amal itu bukan sesuatu yang mudah.Saya boleh saja menulis berpuluh-puluh rangkaian kata hikmah yang indah-indah.Saya boleh saja menasihati orang lain dengan pena saya,tetapi saya sedar bukan mudah untuk beramal dengan apa yang ditulis.Untuk menjadi seorang yang baik,kita memerlukan suhbah dengan para kekasih...kerana mulianya seseorang itu dengan akhlak dan agama disulami taqwa sebagai hiasan.Menjadi orang yang bertaqwa adalah impian kita.al Imam al Ghazali,rahimahuLlah dalam Minhajul 'Abidin menyenaraikan 12 kemuliaan bagi orang yang bertaqwa...dan kita mengharapkan bersuhbah dengan orang-orang yang lebih mulia daripada kita agar mereka dapat mengisi kekosongan jiwa kita dengan kemuliaan akhlak.Dan ini ada pada orang yang memiliki.Hanya yang memiliki yang dapat memberi.



3. Tentang cinta.Jatuh bangun dalam cinta mematangkan hidup kita,Saya belajar tentang cinta daripada pedihnya terlalu berharap kepada manusia.Saya belajar bahawa untuk menafikan perasaan cinta apabila kita menyukai seseorang itu bukan sesuatu yang mudah.Kerana jasad kita boleh saja menipu,tetapi hati kita tak pandai menipu.
Oleh itu,saya belajar untuk mencintai seseorang sekadarnya..hanya sederhana..kerana jika cinta kita tidak dibalas,kita tak akan kecewa...dan jika kita dikhianati,kita tak mudah hilang pertimbangan emosi.Pepatah Arab ada tertulis,

"Kamu hendaklah menerima satu hakikat bahawa sesungguhnya sesetengah orang itu memang tidak bersesuaian dengan hidupmu,meskipun kamu sangat menginginkan mereka hadir dalam hidupmu."


Cinta manusia datang dan pergi....tetapi kecintaan seorang hamba kepada Tuhannya kekal selamanya.Ada sebuah sya'ir tertulis,


"Pemabuk arak akan sedar dari mabuknya....
Tetapi cinta,mabuknya adalah selamanya...."

Kita sebenarnya adalah hamba.Setinggi manapun kedudukan kita,kita adalah hamba.Maka sebaiknya bagi seorang hamba itu mengutamakan kecintaan pada Tuannya.Adapun cinta pada selainNya itu adalah pelajaran.

Dan jika kita jujur dalam mencintai sesuatu meskipun ketika berada di jalan yang salah,pada pengakhirannya ia akan membawa kita balik kepada cintaNya.Kerana kejujuran itu yang akan membawa kita perlahan-lahan meninggalkan cinta pada jalan yang salah itu sehingga kita tak berasa bahagia dan tak tenang.Akhirnya kejujuran itu akan membawa kita kembali pulang pada jalan cinta yang benar.Kejujuran membawa kita mengenal cinta pada jalan kebaikan.


4. Tentang kesusahan.Saya mempelajari bahawa apabila seseorang itu dalam kesusahan,hendaklah kita berusaha membantu mereka,kerana mereka merupakan salah satu asbab yang dapat mendekatkan kita kepada Allah,Mungkin dengan asbab do'a mereka pada kita,Allah menyayangi kita.
Oleh itu,saya cuba membantu mereka-mereka yang berada dalam kesusahan sekadar apa yang termampu,dengan tujuan bertawassul kepada mereka agar mereka sudi mendoakan saya agar diampunkan dosa-dosa saya dan dipermudahkan ke atas saya untuk berada di atas jalan kebaikan.


Hidup ini semuanya pelajaran,benar sepertimana kata al-Habib Umar bin Hafiz,hafizohullah.Dan kekasih kami berkata,

"Sebaik-baik teman ialah Tuhanmu,kerana Dialah yang tahu segala hal dirimu."

Saya memohon do'a daripada para pembaca,agar dengan asbab kemuliaan anda semua....saya dapat menjadi hamba yang jujur kepadaNya...kerana Allah menyembunyikan 3 perkara dalam 3 perkara.Salah satunya,Allah menyembunyikan kekasihNya dalam kalangan hamba-hambaNya.Mana tahu,mungkin anda yang sedang membaca ini merupakan salah seorang kekasihNya,maka dengan asbab do'a anda...Allah menyayangi saya dan mengampuni dosa saya. :-)


Click to comment